Cart 0


MENGENAI PERTUBUHAN

Pada tahun 1991, sebuah asrama untuk Anak Yatim dan Miskin telah ditubuhkan di Gopeng, Perak di atas tanah seluas 32 ekar. Tanah dan bangunan asas dibiayai daripada kumpulan gaji, wang ganjaran perkhidmatan dan pencen pengasas suami isteri, iaitu Allahyarham Cikgu Haji Din bin Kimi dan Cikgu Hajjah Embun bte Muhammad Ali. Pengambilan pelajar sesi pertama di asrama ini bermula pada tahun 1992.

Pengalaman kedua pengasas dalam bidang pendidikan membuka hasrat mereka untuk membimbing Anak-Anak Yatim dan Miskin berasaskan tauhid bagi membentuk dan membina insan yang berilmu, beriman, berketerampilan dan berakhlak mulia. Usaha ini turut dibantu oleh 11 orang anak mereka.

Sehingga kini, kompleks ini dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Dahikmah yang mana sehingga sekarang pertubuhan ini mempunyai 45 orang pelajar, 3 orang penjaga kanak-kanak dan 10 orang staf sepenuh masa.

AJK Pentadbir Dahikmah dari semasa ke semasa mengambil kakitangan baru yang berkelulusan dan yang berwatakan sesuai dengan keperluan  menjaga anak-anak yatim.

Alhamdulillah pada masa ini, segala keperluan & pembiayaan turut dibiayai daripada kutipan dan sumbangan fisabilillah daripada para dermawan. Namun begitu, masih ramai lagi anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan dan juga suasana pembelajaran yang kondusif.

Justeru, Lembaga Pengurusan Pertubuhan Dahikmah sangat bersyukur berterima kasih di atas sokongan moral dan material daripada dermawan yang telah diterima setakat ini dan berharap agar ianya berterusan bagi menampung keperluan anak-anak disini.

Powered by Froala Editor