Cart 0

LAWATAN DAN SUMBANGAN DARIPADA PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN (PWIP)

LAWATAN DAN SUMBANGAN DARIPADA PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN (PWIP)

Terima kasih kepada ahli-ahli Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan.

Di kesempatan ini kami selaku Jawatankuasa dan Pihak Pengurusan serta Warga Pertubuhan Kebajikan Anak‐Anak Yatim/Miskin Dahikmah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma-penderma yang telah menyumbang kepada kami melalui akaun kami mahupun penyumbang secara perseorangan atau kolektif yang berusaha hadir untuk menghulurkan sumbangan makanan, barangan kering dan sebagainya Sepanjang Musim Pendemik Covid sehingga kini.

Walaupun kami tidak mengenali setiap penyumbang tetapi setiap sumbangan anda amat bernilai kepada Anak‐Anak Dahikmah. Kami mendoakan agar setiap sumbangan dan infak anda diberkati dan dirahmati Allah SWT.


Rasulullah bersabda:
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”


Sehubungan dengan itu jika terdapat mana‐mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyalurkan sumbangan. Anda boleh berbuat demikian melalui akaun berikut :
Bank RHB 25811400001340
Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim/Miskin Dahikmah.


Jika terdapat sebarang pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan setiusaha Pertubuhan Kebajikan Anak‐Anak Yatim/Miskin Dahikmah iaitu Puan Hajah Rohani Bt Baharom Shah di talian 0192898304.


Terima Kasih.


Older post Newer post