Cart 0

Assalamualaikum wbt.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami di Dahikmah.

Sejak tahun penubuhan Dahikmah, kami sentiasa komited dalam membantu anak-anak yatim dan miskin disini dalam memberikan tempat perlindungan dan juga pendidikan yang baik untuk anak-anak.

Sehingga kini, asrama Dahikmah hanya menempatkan anak-anak lelaki sahaja disebabkan fasiliti kami yang terhad. Namun in sha Allahdengan izinNya, pada tahun ini kami berhasrat untuk membina sebuah lagi asrama dan menyediakan kemudahan yang sama untuk anak-anak perempuan pula.

Kami percaya diluar sana masih ramai anak-anak yang kurang bernasib baik yang memerlukan pertolongan dari kita semua.

Justeru, kami amat berbesar hati untuk mengajak masyarakat untuk bersama-sama membantu kami di dalam perjuangan ini. Bagi pembinaan ini kami memerlukan dana sebanyak 2.5juta. Jika tuan/puan berhasrat untuk menyumbang, sumbangan boleh dilakukan di :

No. Akaun : 25811400001340
Bank : RHB Bank
Nama : Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Dahikmah

Untuk sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami di talian :

05 - 3593190   ( Pejabat )
019 - 9792129 ( Ustaz Riyazullah Bin Ibram Shah) Penyelia 

atau

Emel : dahikmah.gopeng@gmail.com

Sebarang pertanyaan juga boleh berhubung dengan kami di laman rasmi Facebook Dahikmah : https://www.facebook.com/dahikmah.


Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662). Hadis hasan sahih.


Powered by Froala Editor